\
http://khazanah-penawar.blogspot.com/p/penawar-resdung.html

Sunday, January 25, 2015

(6 GAMBAR) Akhirnya Wajah Sebenar Nazrief Nazri Didedahkan,Kekasih Baru Izreen Azminda Yang Super Duper Kacak?


Seronok jadi org cantik, ada sahaja yg tak jemu mendekati. Kalau hilang satu cinta, sepuluh datang jadi pengganti.

Sebelum ini kami ingatkan Izreen dan Amar Baharin mempunyai hubungan istimewa yg boleh dibawa hingga ke jinjang pelamin tapi mungkin perkara itu tak akan jadi kenyataan memandangkan terdapat gosip baru yg mengatakan hubungan ‘persahabatan’ kedua-duanya ada masalah.

Terbaru, kami terkesima apabila melihat dua keping foto mesra acah-acah pasangan paling romantik antara Izreen Azminda bersama seorang pelakon baru.

Pada mulanya foto yg dimuat naik Izreen di Instagramnya ini langsung tak menunjukkan muka masing-masing. Macam sengaja nak bagi org berteka-teki dan buat spekulasi. Hehe!

Tapi akhirnya identiti jejaka berkenaan berjaya diketahui apabila pelakon lelaki itu turut memuat naik foto yg sama dengan Izreen. Cuma gaya sahaja yg berbeza. Lebih mesra!



Adakah Izreen dan pelakon yg dikenali sebagai Nazrief Nazri itu sengaja mencipta publisiti atau mereka sebenarnya sedang bercinta atau hanya promosi drama terbaru?

Siapa Nazrief Nazri?
Bagi yg tertanya-tanya Nazrief ni siapa, rupa-rupanya pelakon macho badan sado mirip Fahrin Ahmad ni adalah bekas finalis Hero Remaja 2012. Nazrief pernah berlakon dalam drama Maskara, Misiku Kuza 2 dan pernah bergandingan dengan Nur Fathia untuk sebuah drama RTM.







Kalau Nazrief yg berusia awal 20-an ini mampu menerima Izreen dan anak lelakinya, tak ada masalah, kan? Eh, belum confirm lagi tapi kami yg terlebih excited. Apapun, kami doakan yg terbaik untuk Izreen dan Nazrief – Portal Ohbulan.


Gambar Selfie Ini Betul-Betul Buatkan Orang Ramai Tertipu Apabila Melihatnya ... (2 Gambar)

If it seems too good to be true, it probably is.




sumber


(2 GAMBAR) Pelajar KPM Maut Dirempuh Bas Selepas Beli Makanan


Seorang pelajar perempuan yang baru seminggu melanjutkan pelajaran di Kolej Poly-Tecg MARA-KESEDAR di Gua Musang, Kelantan menemui ajal apabila dirempuh sebuah bas persiaran ketika berjalan kaki pulang ke asramanya, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah berkata siasatan awal pihak polis mendapati ketika tiba di perhentian bas untuk menurunkan penumpang, pemandu bas itu Mohd Rashid Yaacob, 53, tiba-tiba pengsan menyebabkan bas hilang kawalan.

Ia kemudian bergerak sendiri ke hadapan lalu melanggar pelajar itu Nurkhairunnisa Hamzah, 20, yang pulang bersama empat lagi rakan.

Nurkhairunnisa kemudian tercampak berhampiran longkang di perhentian bas berkenaan dan maut di tempat kejadian kerana kecederaan teruk di kepala.

Nurkhairunnisa merupakan pelajar jurusan Pengurusan Sumber Manusia di kolej berkenaan.

Dua rakan Allahyarham, Nor Aina Sofea Mohd. Salleh, 20, cedera parah di bahagian paha serta pendarahan di kepala dan Norhasili Shafikah Hasbullah, 20, mengalami kecederaan di tengkuk.

Manakala dua lagi rakannya Siti Nurfalinda Mohd. Asri, 18, dan Nur Asila Atiqah Shaharuddin, 18, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Saiful Bahri memaklumkan jenazah Nurkhairunnisa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk dibedah siasat dan telah dituntut oleh keluarganya pagi tadi untuk dikebumikan di Rawang.

“Pemandu bas yang dilaporkan sakit perut sebelum pengsan kini sedang dirawat di HGM,” katanya.
Ajal Nurkhairunnisa terjadi ketika mereka baru sahaja membeli makanan di sebuah tapak ekspo bersebelahan perhentian bas berkenaan.

Bas berkenaan turut melanggar sebuah kenderaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diparkir berhampiran.

Kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987. Credit MYNEWSHUB.CC via c2sini


Si Ibu Terkejut Beruk Selepas Beberapa Jam Tertidur,Tersedar Apabila Lihat Anak Lelakinya Berada Diatasnya Dalam Keadaan Menjijikkan...


Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun selepas dipercayai mer#0g%ol ibunya pada Rabu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian itu berlaku di rumah mangsa di Cheras di sini.

Menurutnya, dalam kejadian itu, ibu mangsa yang bekerja sebagai pel#ayan di sebuah pusat hiburan pulang dalam keadaan mabuk sebelum tertidur di bilik anaknya.

"Wanita itu mendakwa tersalah tidur di dalam bilik anaknya selepas pulang kerja dalam keadaan mabuk

"Selepas beberapa jam tertidur, dia menyedari anak lelakinya dalam keadaan bo#%gel diatasnya," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Khairi memberitahu, terkejut dengan tindakan anaknya, mangsa bertindak memukul remaja terbabit sebelum membuat laporan polis.

"Siasatan awal polis mendapati, sebelum mero$g&ol ibunya, suspek telah melayan beberapa bahan lucah menerusi telefon bimbit.

"Suspek telah ditahan selepas laporan polis dibuat , manakala mangsa dihantar ke Pusat Perbuatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk pemeriksaan lanjut.Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.- Gambar Hiasan. UTUSAN ONLINE


(2 GAMBAR) Inilah Wajah Terkini Adik Muhammad Firdaus Yang Pernah Menggegarkan Negara Tahun Lepas...


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberitahu remaja orang kurang upaya (OKU), adik Muhammad Firdaus Dullah, 15 bakal keluar dari hospital.

Menurut menterinya, Datuk Seri Rohani Karim, keadaan Muhammad Firdaus semakin baik dengan peningkatan berat badannya kepada 17.3 kilogram (kg)

Dia akan diletak dalam institusi kami. Dia akan beraya dengan kamilah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga turut mengalukan ibu dan waris-waris Firdaus yang lain untuk datang menziarah, kami alu-alukan ibunya datang melawat dan juga waris-waris lain.

Supaya Firdaus merasa gembira melihat ramai keluarga datang menziarah,katanya.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menempatkan Firdaus di institusi kanak-kanak JKM melalui perintah sementara daripada mahkamah sebaik dia sihat dan pulih serta dibenarkan keluar Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).


Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan kurus kering dalam bilik yang kotor dan dipenuhi najis oleh anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam operasi bersepadu 6P di rumah pangsa Taman Semarak, Nilai, bulan lalu selepas melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan.


sumber


(2 GAMBAR) Anzalna Nasir Dedah Kisah Hitam Nyaris 'Dijual' Oleh Mat Salleh Kacak!


Kes penipuan yang melibatkan Adam Davin bukan perkara baru dalam dunia hiburan, perkara tersebut sudah berlaku sejak beberapa tahun lalu

Menurut Anzalna, dia sebenarnya hampir berjaya ditipu oleh Adam Davin selepas lelaki itu beberapa berjumpa dengannya dan menawarkan banyak janji manis, namun sempat membuat carian di internet berkenaan Adam Davin.

“Mula-mula tak kenal tapi dia kata dia orang kaya yang nak menawarkan banyak peluang kepada saya. Nak bagi job di Singapura, Bangkok dan macam-macam tempat lagi.”

“Duit jangan ceritalah katanya nak melabur sampai RM1 juta. Bila banyak sangat temberang saya mula syak sesuatu sebab dia propaa sangat bila bercakap.”

“Mujur masa itu saya sempat Google nama dia. Baru saya nampak kes-kes penipuan dia sebelum ini. Kalau saya percaya cakap dia entah apa jadi gamaknya.” katanya.

Nasib baiklah Anzalna tidak mudah percaya dengan lelaki tersebut, kalau percaya pelakon seksi itu pastinya sudah rugi ribuan ringgit serta dijual di Thailand dan Singapore. Tak gitu???





Pesanan admin, hati-hatilah wahai wanita diluar sana apabila berjumpa dengan lelaki yang baru dikenali, jangan mudah tergadai maruah dalam diri.


sumber


VIDEO Kakitangan Hospital Belasah Teruk Pesakit Mental Tersebar...


Satu rakaman CCTV berjaya membongkarkan perbuatan kejam doktor dan jururawat di hospital sakit jiwa yang memukul dan menendang seorang pesakit dengan teruk hinggakan dia berkemungkinan lumpuh, jika dia masih mempunyai umur yang panjang.

Rakaman video yang mengejutkan itu juga menunjukkan bagaimana pesakit berkenaan, Zhao Yanli diseret dari katil dan turut dipijak. Mereka dipercayai melakukan perbuatan berkenaan selepas Zhao dikatakan kurang ajar dengan salah seorang jururawat di situ.

Dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan badan dipenuhi lebam oleh adiknya yang datang melawat. Zhao kemudiannya dibawa ke unit rawatan kecemasan namun doktor memaklumkan dia mempunyai harapan tipis.

Malah jika dia selamat sekalipun, Zhao tidak mungkin dapat menggunakan kakinya lagi selepas ini. Rakaman CCTV itu diperolehi oleh polis selepas pihak polis membuat serbuan di hospital berkenaan.

Keluarga Zhao kini mengupah peguam untuk menyaman hospital berkenaan kerana memukul Zhao yang mengalami masalah mental dan pada masa sama mereka tidak memberikan rawatan segera kepadanya.

Meskipun pihak hospital menawarkan pampasan sebanyak RM200,000, namun keluarganya menolak dan mahu mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

sumber


8 Gambar Nelydia Senrose Yang Pasti Akan Buat Ramai Tengok Berkali-kali


Tapi hari ini penulis ingin kongsikan gambar gambar wajah Nelydia yang hot dan menjadi kegilaan remaja pada abad ini. Jom kita lihat raut raut wajah gadis ini yang cute dan comel ini dari gambar-gambar instagram artis remaja berbakat ini.











AWAS!! Kepada Pengguna Lebuhraya,Sila Berhati-Hati Dengan Taktik Kotor Terbaru Dari Perompak!! (4 GAMBAR)

Salam para sahabat. Sila ambil perhatian tentang adanya satu kumpulan perompak pengguna lebuhraya PLUS sedang berleluasa di kawasan sekitar KM 102, di antara Tmn Ria Jaya, pasar Singgah Selalu sebelah Timur dan Tmn Ria Indah sebelah Barat.

Modus operandi mereka ialah meletakkan batu2 dari sungai sebesar buah kelapa dan berwarna gelap pada waktu tengah malam. Bila kita langgar batu tersebut dan terpaksa berhenti kumpulan perompak ini akan menyerang hendap dan merompak.

Saya terlanggar batu tersebut pada pukul 1.10 pagi 14 Mei lepas, dari arah tol tmn Sejati ke tol SP(U). Alhamdulillah kereta saya boleh terus dipandu, dgn keadaan minyak selinder habis bocor sebab bhg bawah enjin pecah, sampai enjin mati selepas tol SPU.

Berikut gambar kereta saya dan mangsa lain..




Malam tadi Cikgu Izady tel saya menceritakan beliau mengalami kemalangan yg serupa pada pukul 5 pagi 1 km sebelum sampai tol Bertam dari arah utara.

Jadi rupa2nya penjenayah / pengkhianat anak haram jadah ini, seorang atau berkumpulan, adalah mobile dan memasang perangkap di lokasi2 pilihan. Maknanya operasi puak2 tak berhati perut ini boleh dibuat di mana2 sahaja lokasi yg strategik di lebuhraya.

Mereka akan pilih lokasi yg hampir dgn tol sebelum sampai tol supaya senang mereka melarikan diri keluar dari lebuhraya selepas dapat hasil. Anak haram sungguh depa ni. Saya harap pihak PLUS dpt mengesan barua2 ini dari rakaman kamera di palang2 tol akan kereta2 syak yang lewat selepas waktu kejadian.

Selepas cikgu Izady tel tu baru saya teringat, dlm kejadian yg menimpa saya pada awal pagi 14 Mei itu, sebaik shj saya terlanggar batu tersebut, dlm saya panik mengawal kereta dari terbabas, saya ternampak seorang lelaki berdiri di belakang sebuah kereta di tepi lebuhraya sebelah kiri. Skg baru saya terfikir apa kejadahnya anak haram jadah tu dok tunggu di tepi highway pada waktu2 larut mlm awal pagu mcm tu?

Dalam kes saya, Alhamdulillah.. Allah membolehkan kereta saya itu, walau pun minyak enjin dah habis terkeluar melalui pecahan enjin yg besar di bhg bawah, masih hidup enjinnya, walau pun saya terasa enjinnya semakin nak mati, dan saya masih boleh terus memandunya sehingga sempat melewati palang tol lorong SmartTag Sg. Petani Utara tepat pada jam 01.11:35 (dari rakam kamera PLUS), dan sempat saya membelok ketepi jalan dimana selepas itu baru enjin mati. Habislah hancur bahagian2 dlm enjin yg bergerak kerana enjin terus hidup sejauh 3 km dlm keadaan tidak ada minyak enjin.

Saya difahamkan oleh sahabat yg berkerja dgn PLUS, pada malam yg sama terdapat 8 lagi kes serupa yg dilaporkan kpd PLUS.

Saya harap para sahabat berhati-hati ketika menggunakan lebuhraya pada waktu dinihari yg sebegitu. Pada ketika seperti itu, jln lengang, speed trap pun kita rasa mungkin tak ada, apa lagi, kira nak laju sajalah kita.

Tak terlintas langsung ada anak-anak haram jadah sedang menunggu memasang perangkap dgn meletakkan ketulan2 batu sungai yg besar yg gelap warna pada laluan sebelah kanan, iaitu laluan laju. Menurut sahabat saya yg kerja kat PLUS tu gambar2 batu tersebut ada pada PLUS.

Mungkin anak2 haram jadah tu tunggu nak rompak atau tunggu nak panggil tow truck.

Diharapkan para sahabat berhati2. Juga diharapkan pihak PLUS dan Polis dpt memberkas penjenayah / pengkhianat anak haram jadah yg seorang atau bergerak secara berkumpulan itu dgn segera.
Harap sahabat2 dpt panjangkan amaran ini kpd kawan2 semua..






sumber


Inilah 5 Sebab Kenapa Saya Benci Fynn Jamal


Semua orang bercakap mengenai Fynn Jamal. Bila suami dia hisap rokok depan Juna, jadi macam satu masalah besar. And bagi siapa yang tak kenal siapa Fynn Jamal ini akan cakap – who the fuck is she? To be honest, aku adalah salah seorang haters Fynn and I am proud to admit that.

Jangan disembah makhluk Tuhan ini macam dia tidak berdosa. Ya, aku tahu anak dia handsome but please, jangan obses. Dan di atas dasar kebencian itu, aku huraikan 5 perkara yang paling aku benci pasal seorang makhluk Tuhan ini.

1. Syok Sendiri
Kalau nak diikutkan, setiap gambar yang Fynn post di Instagram, semua syok sendiri. Semua bercerita pasal kehidupan dia, suami dan Juna. Tak habis-habis benda yang sama Fynn post but still, masih ramai yang komen dan tergila-gilakan kecomelan Juna. Tapi sedarkah anda di saat anda membenci setiap apa yang Fynn share di Instagram, anda sebenarnya melakukan perkara yang sama.

Kita tidak akan sedar yang kita syok sendiri. Kita tidak akan sedar apa yang kita cakap sebenarnya refleks terhadap diri kita sendiri. Mungkin hukum alam sudah begitu – saat menilai orang lain, kita lupa di mana kita berdiri sebenarnya. Setiap kali kita mencemuh orang lain kita sebenarnya terlupa untuk perbaiki diri sendiri.

2. Penakut
Fynn sebenarnya merupakan seorang yang sangat fragile. Penakut dan paling emosional sekali. Bukti? Pergi Instagram dia dan lihat dia syok sendiri tulis pasal macam-macam benda dengan nada penulisan emosional. Macam mana nak tau, skroll sendiri dan boleh assume yang Fynn ini fragile dan penakut.

Sebab apa saya katakan dia penakut? Sebab semua orang ada perasaan yang sama. Semua orang takut kalau gaji masuk lambat. Semua orang emosional kalau kerja freelance tapi klien bayar payment lambat. Semua orang takut dan kita semua berkongsi perkara yang sama.

Perasaan takut itu adalah perasaan yang kita hadapai tiap-tiap hari dan untuk point kedua ini, saya bagi tabik hormat pada Fynn sebab dapat lepasi perkara yang sukar. Kalau mengikut cerita Fynn, masa mula-mula lepas kahwin, dia terpaksa berpisah dengan Tri. Berpisah dalam jarak yang jauh. Nampak mudah tapi I bet you, seksa, sengsara dan takut bila hidup bersendirian, empunya badan saja yang tahu. Kalau tiada telur, jangan pernah berani cabar diri.

3. Juna, Juna, Juna
Bab Juna memang tidak akan habis. Juna makan, Juna tonggeng, Juna mandi, Juna baru bangun tidur, pampers Juna londeh. Memang tiada benda lain ke Fynn nak kongsikan? Bersepah gambar pasal Juna dan kadang kadang ada sikit gambar Tri bermisai seringai.

Bagi saya, bab Juna memang tidak akan habis sebab sebahagian Fynn itu juga adalah Juna. Ini bab ibu dan anak. Dan bila cakap pasal anak, itu satu perkara yang sangat sentimental. Semua orang tahu, cukup masa nanti Juna akan tahu siapa ibu bapa sebenar dia, siapa Fynn dan Tri sebenarnya tapi sebelum dia tahu semua itu, memang tak terbayang apa yang telah dicurah pada Juna.

Macam tengok drama kan? Tapi drama ini makan masa bertahun-tahun. Bila Juna meningkat remaja ke dewasa, pasti ada konflik. Dan saya yakin, bagi yang mengikuti kisah anak beranak ini, semua orang mahukan yang happy ending, bukan?

4. Berselindung
Kehidupan Fynn selalunya nampak happy sentiasa. Nampak sangat dia cuba berselindung daripada perkara yang dia tak mahu orang lain tahu. Mustahil ada rumah tangga yang bahagia macam dia. Itu semua wujud dalam cerita dongeng sahaja.

Tapi berselindung itulah perkara yang Fynn paling hebat sekali. Kadang-kala kita tidak perlu tunjukkan betapa sengsaranya hidup kita sebab kita tahu akan ada orang akan cakap – who the fuck cares about your life? Bila kita sembunyikan masalah, orang akan dapat lihat dari satu sudut sahaja dan mula akan menyoal perkara lain pula.

Bab bercakap pasal orang ini macam satu permainan yang tidak akan habis. Sebab apa tidak akan habis? Sebab zahirnya manusia itu untuk sentiasa bertanya dan mempersoalkan sesuatu. Dan jujurnya, hati manusia ini tidak akan pernah berasa puas.

5. Cakap Lebat
Kalau bab bercakap, Fynn paling hebat. Ada sahaja perkara yang dia nak sampaikan dan biasanya yang diutarakan mestilah berkaitan dengan kehidupan orang sekeliling. Cakap macam dah berpengalaman sangat.

The truth is, kadang-kala usia tak perlu nak buktikan kita lagi tahu itu semua. Kalau sudah berusia sekali pun tapi masih lagi tidak matang, tidak kena juga. Jika dilihat dari setiap apa yang dibincangkan Fynn, rata-rata dia bercakap melalui pengalaman dia sendiri.

How to move on, macam mana nak lupakan masa silam dan macam mana ada keberanian ambil risiko untuk perkara yang kita sendiri tidak tahu apa di depan.

Cakap lebat boleh tapi biarlah dengan apa yang kita lalui sendiri. Setakat cerita lebat tapi bila suruh buat, terkial-kial, liat.

Sebab zahirnya manusia itu untuk sentiasa bertanya dan mempersoalkan sesuatu. Dan jujurnya, hati manusia ini tidak akan pernah berasa puas.

Jangan disembah puja makhluk Tuhan ini macam dia tidak berdosa. Dia cuma manusia biasa yang Tuhan hadirkan untuk memberi inspirasi atau mungkin juga untuk dicaci maki. Jangan persoalkan dia bertuah kalau kita sendiri tidak pernah berusaha. Memang jalan kehidupan ini penuh liku. Tapi kalau lahir ke dunia, kau disambut dengan emas, itu lain cerita, jalan cerita pasti berbeza.


dipetik dari vitdaily


"Kita Baling Bunga, Dia Baling Tahi" – Inilah Komen Sharnaaz Tentang Shila Amzah !!!


Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad telah ditemubual oleh rancangan hiburan Melodi mengenai satu tweet yang ditulisnya buat bekas kekasihnya iaitu Shila Amzah....

Dia hanya mengucapkan tahniah kepada Shila Amzah tetapi aktres jelita berkenaan membalasnya dengan sebuah video dengan menukar lirik Masih Aku Cinta kepada Tidak Aku Cinta...

“Kita baling bunga pada dia, dia baling taik pada kita. Nak buat apa, kan? Itu cara dia....

Saya tak nak tengok kawan-kawan saya jatuh. Shila sudah berada pada satu tahap yang sangat-sangat tinggi. Saya dan keluarga saya semua sokong dia,” katanya....