\
http://khazanah-penawar.blogspot.com/p/penawar-resdung.html

Friday, January 23, 2015

Jawapan Pedas Dari Norman KRU Kepada Aweera?


Bedasarkan Status yang di muat naik oleh Norman KRU melalui  acc Facebook milik nya,

Saya Tak faham sikap bekas penyanyi kami ni. Edry bagi peluang Caliph Buskers utk tonjolkan bakat mereka & mereka telah buktikan kemampuan mereka di AJL. Pemilihan mereka adalah berdasarkan merit kerana mereka adalah calon terbaik menggantikan dia. Takde kena mengena nak raih simpati. Caliph Buskers pun tak pernah mintak simpati sesiapa. Kalau ada rasa irihati tu, tak payah buat kenyataan media & baik diam saja la. Move on and try to prove that you can be successful on your own without the band, composer dan record label that have contributed towards your fame in the first place.
That's it, I don't want to talk about him anymore

Norman KRU tidak menyatakan kepada siapa stutus itu ditujukan tetapi kami paham........




sumber


(3 GAMBAR) Pendedahan Berani Mati Dari Shuk SZ,Anak Koperal Sirul Kes Bunuh Model Mongolia Altantuya Yang Pasti Mengejutkan Anda Semua!!!


Facebook Shuk SZ anak kepada Koperal Sirul cetus kontroversi. Menerusi laman sosial, facebook dengan nama akaun Shuk SZ kini menimbulkan tanda tanya apabila pemilik akaun tersebut akhirnya mengaku sebagai salah seorang anak kepada Koperal Sirul suspek kes bunuh Altantuya.

Tambah kenyataan pemilik akaun itu lagi, dia turut mempertahankan bahawa bapanya (Koperal Sirul) ada sebab untuk menyembunyikan motif pembunuhan Altantuya sejak 9 tahun lalu.

Bagaimanapun, susulan mendapat perhatian orang ramai dilaman sosial. Tinjauan terkini pihak kami mendapati akaun Facebook Shuk Sz bertindak memadam segala “post” atau “status” yang mengaitkan Koperal Sirul.
Antara Kenyataan Facebook Shuk Sz Dilaman Sosial - Melvister.com


sumber





Siapakah 10 Selebriti Wanita Tempatan Jadi Escort Girl Kini Dalam Perhatian Pihak Berkuasa?


Harian Metro hari ini melaporkan yang pihak polis kini sedang memantau sekurang kurangnya 10 orang artis wanita tempatan termasuk beberapa nama popular yang disyaki terlibat dengan kegiatan gadis peneman atau escort girl dengan menerima bayaran lumayan.

Siasatan mendapati beberapa artis popular serta pendatang baru meningkat naik itu mengenakan bayaran terhadap perkhidmatan yang diberikan antara RM3,000 dan RM10,000 untuk satu malam termasuk perkhidmatan aksi di ranjang.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat & Perjudian Bukit Aman, Datuk Roslee Chik yang mendedahkan perkara itu mengesahkan beberapa artis yang kebanyakkan mereka adalah pelakon kini berada dalam radar pemantauan mereka.

“Ada antara artis itu sudah berkahwin dan kita percaya dia sudah berhenti. Namun, masih ramai lagi yang dikesan aktif di luar sana. Mereka bukan sahaja popular sebaliknya ada juga yang masih baru dalam dunia seni,” katanya.

Harian Metro juga mendedahkan yang artis sebagai gadis peneman ini tidak bergerak sendirian tetapi mempunyai orang tengah yang mengaturkan pertemuan mereka dengan golongan atasan & VVIP sebelum berunding sehingga ke perkhidmatan di ranjang.

“Biarpun tidak boleh mendedahkan siapa orang tengah itu buat masa ini, tetapi kamu mengetahui setiap pergerakannya,” tambahnya lagi. (rtky/m)


(6 GAMBAR) Jika Saya Pergi Dulu, Jagalah Anak-Anak Ini Dengan Sebaiknya - Abby Abadi Pesan Kepada Norman Hakim


Umum mengetahui yang Abby Abadi mempunyai 3 anak hasil perkahwinan dengan pelakon terkenal Norman Hakim. Baru-baru ini Abby abadi ada memuatnaik mesej di laman instagramnya, sesiapa yang membacanya pasti tersentuh.

Tak ada yang lebih sejati dari kasih sayang ibu bapa. Korang yang masih mempunyai ibu bapa tu, hargailah mereka sementara masih ada. Hah! Apasal pulak kami emo pagi-pagi ni? Sebenarnya, kami tersentuh apabila membaca pesanan aktor kacak, Norman Hakim kepada anaknya, Maria Danisha Hakim sempena ulang tahun kelahiran anaknya ini.




Dari mana kami baca? Dah tentulah dari kiriman seorang pembaca kepada kami. Bukan ucapan Norman je yang buat kami tersentuh tau. Kata-kata Abby turut membuatkan kami sebak. Mungkin tersentuh dengan ucapan dari bekas suaminya itu, Abby menulis kapsyen yang mendoakan hubungan anaknya dan Norman akan kekal hingga bila-bila.

Yang buat kami bagai nak nangis tu bila Abby berkata, “Andai saya pergi dulu, jagalah anak-anak ini dengan sebaiknya. Jangan dibeza-beza”. Haa, sangat menyentuh perasaan kan? Nak tahu apa ucapan Norman kepada anaknya ini, jom baca :

HAPPY 6TH BIRTHDAY babyku sayang #mariadanishahakim ! Papa sayang baby sangat2 tau…baby be a good muslimah ok! Kalau papa termarah sikit ke, papa minta ampun maaf. Baby jangan ambil hati ok sebab marah tu tandanya sayang jugak. Papa akan sentiasa menjadi semut baby yang besar yang akan sentiasa berada dengan baby bila-bila masa baby perlukan papa InshaaAllah. Allah & para malaikat, pls keep my daughter #mariadanishahakim safe & warm dibawah lindunganMu. Kurniakanlah segala kebaikan, keceriaan & kegembiraan buat dirinya. I love u till the last breath of my life sayangku baby #mariadanishahakim

Hmm, siapa yang tak tersentuh dengan ucapan sebegini kan? Kami lihat, peminat Abby pun turut merasai perasaan ibu tunggal ini. Sampai ada yang menitiskan air mata tau! Tak lupa, ada juga yang mendoakan Abby akan bertemu jodoh dengan lelaki yang soleh dan dapat membimbingnya dengan lebih baik.

Apapun, kami mendoakan kebahagian buat Abby Abadi dan anak-anak. Ketabahan beliau sebagai ibu tunggal membesarkan anak wajar di contohi. Syabas buat Norman Hakim walaupun sudah bercerai dengan Abby Abadi, anak-anak tidak dilupakan. Happy Birthday Maria Danisha!

sumber


Jika Allah Baik Kenapa Cipta Neraka?


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

sumber




Luahan Hati Terakhir Dari Zamani Slam Yang Pasti Menyentuh Hati Anda Apabila Membacanya...


Ketika pertemuan terakhir penyanyi Zamani Slam bersama pengurusnya, Johan Aziz itulah antara bait yang dilafazkan untuk kita semua di luar sini. Beliau sempat meminta maaf kepada pengurusnya itu selain menyampaikan salam buat semua.

“Sempat berjumpa dengan dia tadi dan teramat sedih. #Minta maaf abang Jo, kirim salam kepada semua abang Jo. Insyallah saya OK – dari Zamani,” tulis Johan Aziz di Facebook.

Dalam perkembangan terkini kes rakaman video Zamani Slam ketika dalam tahanan, Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat mengesahkan yang anggota polis yang merakam dan menyebarkan video tersebut sudah dikenal pasti.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan kertas siasatan akan disiapkan secepat mungkin untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya”

“Selain itu, siasatan dalaman dari segi salah laku dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sumber


Tweet Dari Saari Amri Mengenai Zamani Slam Dan Siti Nurhaliza Ini Pasti Mengejutkan Anda ...

Terkejut kami apabila bekas penyanyi kumpulan Ukays dan juga komposer terkenal, Saari Amri telah memuatnaik satu status yang cukup kontroversi.

 Menurutnya, Datuk Siti Nurhaliza tahu punca sebenar Zamani jadi begini. Hmmmm. Banyak tanda tanya yang timbul dengan kenyataan di bawah ini. Tak pasal-pasal nama Siti Nurhaliza terpalit sekali.

 Apa pun, dadah memang berbahaya dan merosakkan minda seseorang. Tak kiralah penyanyi ke, pelakon ke, selebriti ke. Kalau dah main dadah, memang sukar untuk lepaskan. Gian dia lain macam. Badan pun leh jadi kurus kering tinggal rangka. Tengoklah badan Zamani yang macam rangka. Kesian.



sumber


Luahan Hati Jep Sepahtu Sebelum Bergelar Seorang Pelawak Yang Pasti Menyedihkan Anda...


Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu ketika dahulu.

Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.

Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.

Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.

“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep.

Dia yang ditemui wartawan kosmo sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.

“Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.

“Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”

Tambah Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.


“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.

“Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.

Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.

“Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad).

Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.

“Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.

Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.

Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.

“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat.

“Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jep.


sumber


Hanya Kerana Disyaki Mencuri,Anak Yatim Ini Dipukul Sampai Mati


Seorang ramaja dipukul sehingga meninggal dunia hanya kerana disyaki mencuri sesuatu barasng milik majikannya.

Mangsa yang berusia 16 tahun itu ditemui dengan kesan lebam dan berbirat di seluruh badan dipercayai telah dipukul di sebuah premis mencuci kenderaan di Lebuh Carnarvon malam rabu lalu.

Beliau, Muneeswaran,adalah merupakan seorang anak yatim piatu.

Menurut Datuk Mazlan Kesah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, pihak polis kini sedang menyiasat tempoh remaja itu telah bekerja di premis tersebut kerana mangsa masih berada di bawah jagaan sebuah rumah anak yatim persendirian di Jalan Scotland.

“Polis percaya lebih dari dua suspek terlibat dan kami turut menemui kerusi plastik yang telah patah dan kabel elektrik sepanjang 0.9 meter dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.” katanya yang dipetik TheRakyatPost.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Datuk Mazlan Kesah berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati majikannya terhadap mangsa yang dikatakan telah mencuri sesuatu di premis tersebut.

Susulan itu, beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan.-Siakapkeli


Kisah Sebenar Remaja 13 Tahun Ditemui Hilang Ingatan Di Seremban

Sebelum ini banyak disiarkan di page-page terkenal di Facebook tentang sorang remaja berusia 13 tahun yang telah ditemui dengan hanya ingat namanya dan tempat tinggalnya sahaja.

Beliau yang ditemui di Seremban itu sebenarnya bukanlah betul seperti yang didakwa sebaliknya telah berselisih faham dengan keluarganya sebelum bertindak keluar dari rumah di Senawang tanpa pengetahuan mereka.

Oleh kerana pendedahan yang dilakukan oleh akhbar Sinar harian ini, remaja tersebut talah diserahkan semula kepada kelaurganya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Rupanya kes merajuk, ramai terpedayakan dimana ramai pengguna Facebook melahirkan rasa simpati dengan beliau tetapi rupanya tidak hilang ingatan seperti yang didakwa pun.-Siakapkeli


Inilah Punca Sebenar Asfan Diugut Bunuh...

KUALA LUMPUR – Gara-gara memakai pakaian ranggi rekaan Meg atau nama Instagramnya, @meggoth di Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29) baru-baru ini, penyanyi Asfan yang popular dengan lagu Alasan Untuk Bahagia dikecam hebat sehari selepas acara itu berlangsung.

Motif rekaan logo mata dan lambang tiga segi pada baju yang digayakan itu disalah erti hingga ada yang menganggapnya ada kaitan dengan Dajal atau Illuminati.

Rentetan itu, Asfan telah diugut bunuh dan bakar di laman sosial oleh pengikutnya yang dilihat ekstrim.

Susulan itu Asfan membuat laporan polis bersama peguam dan pereka fesyen berkenaan di Balai Polis Gombak sekitar jam 3 petang, Khamis akibat ancaman jenayah yang berkemungkinan membahayakan keselamatan dirinya.

“Di blog hiburan atau di dada akhbar tidak wujud isu menakutkan ini tetapi saya amati di blog yang condong kepada agama dan politik menjadi sebaliknya. Malah ada yang menyifatkan logo gambar baju itu menandakan dajal sudah datang.

“Saya dicop sebagai pengikut fahaman yang bukan-bukan. Tindakan membuat laporan polis ini diharap dapat menjadi ruang saya melindungi diri.

“Saya agak tertekan hingga tak boleh tidur apabila cerita ini timbul. Ia juga sebagai langkah menjaga reputasi saya di arena seni.

“Gara-gara baju itu saya diugut bunuh, malah secara rawak ada yang terlalu ekstrim membuta tuli ingin membakar saya hidup-hidup menerusi komen mereka di media sosial,” katanya yang menyifatkan lambang serta logo di baju itu sebagai simbolik cerita cinta tiga segi untuk lagu terbarunya. – BH Online