\
http://khazanah-penawar.blogspot.com/p/penawar-resdung.html

Saturday, January 24, 2015

Subhanallah !!! Doktor Yang Merawat Tok Guru Nik Aziz Cerita Pengalaman Beliau Terkejut Dan Tidak Pernah Hadapi Ketika Merawat Pesakit Lain...!!!


Diceritakan dlm tazkirah oleh AlFadhil Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani (anak sedara TGNA), bhw doktor telah bagi taklimat PD ahli2 keluarga trdekat dn telah memaklumkan yg TGNA telah diserang oleh kuman ke paru2 dan dah sampai ke otaknya juga menyebabkan otaknya bengkak.
Doktor minta ahli keluarga brsiap mnghadapi sebarang kemungkinan. Beliau telah diberikan suntikan ubat pembunuh kuman (ubat yg paling kuat) oleh doktor yg merawatnya. ..

Menurut doktor yg merawatnya ubat ini tidak boleh diberikan ketika seseorang tu sedar, utk menyuntik ubat tersebut perlu dibiuskan dulu kerana ia akan menyakitkan pesakit. Setelah pengsan barulah ubat boleh disuntik....

Sesuatu yg ajaibnya, walaupun setelah TGNA pengsan dan ubat dimasukkan (dah dua mlm beliau dipengsankan) TGNA apabila tepat jam 4 pg akan bangun bertahajjud (amalan yg tak pernah beliau tinggalkan sejak baligh) dan pengsan semula.
Begitu juga apabila tiba waktu solat fardhu...الله أكبر. Lihatlah bagaimana Allah s.w.t menyayangi hambaNya....

Dlm keadaan sakit yg sangat kritikal, tp masih membangunkan hambanya yg dikasihi utk mendengar zikirnya, rintihannya, rayuannya, doanya. Ya ALlah..Terpukul aku dengar ni. Kite yg sihat wal afiat ni apecite bro...

Menurut doktor yg merawatnya, kuman dan bengkak didalam otaknya telah hilang. Ini tak pernah berlaku kepada pesakit lain sebelum drp ini...


Ibu Durjana Paksa Si Kecil Dua Tahun Makan Serbuk Cili Sehingga Meninggal


Baru berusia dua tahun namun seorang bayi disumbat dengan serbuk cili sebagai hukuman. Itu perbuatan kejam yang dilakukan oleh seorang wanita, mengakibatkan bayi berkenaan meninggal dunia.

Susulan kejadian itu, Amanda Sorensen, 21, ditangkap atas tuduhan mendera kanak-kanak tersebut yang juga anak kepada teman lelakinya.

Biarpun bayi berkenaan dikejarkan ke hospital, namun doktor gagal merawatnya selepas bayi berkenaan mengalami serangan jantung.

Menurut doktor, salur pernafasan bayi itu membengkak selepas dia dipaksa makan serbuk cili berkenaan, sekali gus menyebabkan dia mengalami serangan jantung.

Serbuk cili tersebut juga mengakibatkan tisu-tisu dalam badannya terbakar.

Dalam pada itu, jiran-jiran memaklumkan mereka tidak mengesyaki apa-apa dan tidak melihat sesuatu yang mencurigakan terhadap pasangan berkenaan.

Namun jiran sering melihat kanak-kanak dan remaja sering masuk dan keluar berkenaan.

“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana seseorang itu sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu kepada bayi sekecil itu,” kata jiran mereka Patricia Amado.

Sorensen kini ditahan di lokap dan dijangka dihadapkan di mahkamah tidak lama lagi.



Kepada Korang Yang Suka Menahan Bersin,Selepas Baca Artikel Ini Korang Mesti Terkejut...


Ada orang cuba menahan bersin dengan cara menutup hidung mereka, sehingga keinginan bersin menjadi hilang. Tetapi menahan bersin yang agak kerap akan menimbulkan masalah yang serius kepada diri anda.
 
Kepantasan bersin yang dimiliki manusia adalah 161 km/jam, jadi sekiranya seseorang itu menahan bersin maka tubuh badannya terpaksa menahan kelajuan tersebut secara tiba-tiba. Akibatnya ia mungkin mempengaruhi fungsi tubuh dan menyebabkan kuman-kuman yang sepatutnya keluar masuk kedalam rongga nafas kembali.

“Bersin merupakan perkara yang bagus kerana ianya akan membersihkan rongga anda. Sedangkan menahan bersin itu akan menyebabkan bahaya dan menimbulkan beberapa risiko”, kata Dr. Micheal Roizen kepada Wellness Officer Clevelend Clinics, didalam Doctoroz.com.

Roizen menyatakan ada beberapa bahaya yang akan terjadi kepada seseorang yang menahan bersin antaranya:

Menyebabkan patah tulang rawan hidung
Pecah gendang telinga
Gangguan pendengaran
Veritgo (Berpinar)
Terkeluar mata dari soketnya



Inilah 10 Gaya Rambut Lelaki Korang Yang Terbaru,#4 Memang Agak Pelik...


Mode gaya korea saat ini sudah menjadi booming di Malaysia, bahkan juga sudah menjadi trend mode di beberapa negara lain, kali ini gayamode Gaya rambut remaja lelaki korea terbaru

Berikut ini adalah gambar gambar dari beberapa model rambut artis korea remaja lelaki.
Dari gambar gambar ini anda juga boleh meniru gaya rambut yang anda sukai, kerana gaya rambut ala remaja lelaki korea ini sangat sesuai sekali untuk remaja remaja yang ada di asia khususnya.

Jenis rambut korea atau yang biasa orang mengatakan Gaya rambut remaja lelaki korea terbaru memang sedang diminati oleh kalangan anak muda, tidak terkecuali bagi kalangan selebriti atau artis yang mengikuti model gaya rambut dari korea tersebut.
Pada dasarnya, jenis dan karakter rambut orang Asia sama, iaitu ikal, lurus, dengan rambut berwarna hitam kecoklatan, termasuk orang Korea ataupun Malaysia. Sehingga akan memudahkan kita apabila cuba membuat gaya rambut ala boy band korea













Lelaki Ini Dedahkan Teknik Mengorat Yang Klasik Dan Masih Boleh Digunapakai Pada Zaman Kini...


Cara mengurat yang betul

The best and most beautiful things cannot be touched or seen. You must feel it in your heart instead.

Emak kepada orang beriman, isteri kesayangan Rasullullah s.a.w telah mengajar kaedah mengurat lelaki yang betul. Ada ikutan dalam sejarah dan kisah cinta Rasullullah s.a.w dan isterinya Khadijah iaitu ibu kepada golongan mukmin.

Pertama sekali, umur hanyalah angka.

Khadijah 15 tahun lebih tua dari Rasullullah s.a.w. Tapi itu tidak menjadi halangan kepada perkahwinan yang bahagia. Selama perkahwinan dengan Khadijah, Rasullullah s.a.w tak berkahwin dengan sesiapa yang lain.

Kedua, Khadijah tak couple dengan Rasullullah s.a.w. Guna orang tengah.

Khadijah ni sebelum berkahwin merupakan boss atau majikan kepada Rasullullah s.a.w. Zaman tu pun Islam belum diturunkan dan Rasullullah pun belum dilantik menjadi Rasul.


Zaman tu pun zaman masyarakat jahiliah. Pergaulan bebas memang budaya zaman tu. Di sebalik semua itu, Khadijah tidak pun ber couple atau ber dating-dating dengan Rasullullah. Sebaliknya, Khadijah menghantar pekerjanya untuk berjalan dan travel bersama Rasullullah untuk menyiasat akhlak dan perangainya.

Ada manis dalam kaedah tu. Memang kalau nak kenal hati budi orang, travel sekali merupakan cara terbaik. Justeru, paling terbaik kalau kita tanya orang yang pernah travel dengan orang tu. Barulah kita tau akhlak dia. Jujurkah dia. Sopankah dia. Pervert kah dia. Pemalukah dia. Caring kah dia.

Di samping itu, khadijah sentiasa mempamerkan akhlak yang baik. Seorang yang sopan. Seorang dermawan. Seorang yang terkenal dengan perangai sopan-santun. Seorang yang penyayang. Akhlak yang mulia itu suatu tarikan yang sangat kuat untuk laki-laki yang baik. Tak perlu seksi atau gedik manja.

Teori ber couple manja dulu untuk kenal hati budi ni berlandaskan satu hipotesis yang salah. Kalau couple 8 tahun, selama 8 tahun tu penuh kepura-puraan. Laki yang gemuk pun akan tahan nafas dan cover perut buncit dia depan makwe dia. Perempuan yang pemalas kemas rumah dan tak reti masak pun akan berlakon macam suka memasak dan seorang yang tidy. Iklan semua tu.

Ketiga, direct to the point.

Khadijah dah berkenan kat Rasullullah, hantar orang tengah untuk tanyakan kalau-kalau berminat. Rasullullah pun terus mengaku berminat dan kawin terus. Kan senang gitu. Takyah drama-drama lama-lama.

Kalau kita tak kahwin tapi ber couple manja lama-lama, ini akan membuka ruang maksiat dan zina. Kalau endingnya kawin pun, alangkah buruknya sesuatu perkahwinan itu dimulai dengan romen zina.

Belajarlah dari ibu orang-orang beriman. Buatlah dengan kaedah yang betul.


sumber


Percayakah Anda...Wanita Ini Cuma Berkongsi Minyak RM5,Tetapi Apa Yang Terjadi Selepas Itu Pasti Mengejutkan Anda Semua...


Cerita petang tadi. Benar-benar terkesan di hati saya.

Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam Cik Bibah (nama kereta). Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 ringgit je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila RM42 dah penuh, saya pump juga sampai RM45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah-limpah keluar petrol.

Saya malas nak pergi masuk dalam minta refund lagi RM5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot-kot ada motor masuk, takde pun. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle sebelah tangan kiri, tu sambil tu tangan kanan menutup lubang minyak tu, buat lambat-lambat sikit. Niat nak tunggu kot-kot ada motor masuk. Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20-an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada RM5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia.

Saya cakap, “Ambillah akak malas nak refund ke dalam.”

Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul-betul macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Macam speechless gitu. Saya tanya dia, “Eh, apesal?”

Dia jawab dalam menahan sebak.

“Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. Sebenarnya saya belum gaji, duit saya ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3 ringgit, tinggal 7 ringgit. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free.”

Saya pula sedih, saya senyum je cakap, “Dah tertulis rezeki awak.”

Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cengeng dah banjir dalam kereta. Ya Allah, bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan.

Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ, semua Allah susun sebaiknya. Sepatutnya tadi saya guna kad debit seperti biasa, isi penuh ja, (saya tak suka pi masuk bayar di dalam stesen minyak), tetapi Allah ‘arahkan’ saya pi masuk bayar RM50 kat dalam, teragak nak isi RM45 sahaja, tapi hati kata RM50 baru penuh.. rupanya betul cuma RM45 sahaja. RM5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah palingkan hati saya dari membayar RM45, sebaliknya bayar RM50. Allah dah susun dan atur cantik-cantik.

Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Tercatur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu, dan itu hak dia sebenarnya, saya cuma perantara. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting, saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.

Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar-benar serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak…”


sumber


(2 GAMBAR) Setujukah Anda,Undang-Undang Di China Sangat Kejam Apabila Menghukum Seorang Yang Sangat Baik Hati...


Kebaikan tidak selalunya dihargai, seperti yang berlaku di negara China yang menghukum seorang wanita berusia 65 tahun kerana mengambil kanak-kanak terbiar kurang upaya fizikal dan mental.

Kong Zhenian, dari kampung di Jiu Jiu di Wilayah Shanxi utara China, telah menjaga kanak-kanak yang di buang dan di tinggalkan kerana segi fizikal dan mental sejak 40 tahun yang lalu. "Saya menemui seorang bayi yang pertama di tepi jalan raya," katanya. "Dia baru sahaja di tinggalkan di sana dan saya tidak maafkan ibu bapanya dan saya terpaksa melakukan sesuatu." Lalu beliau mengambil kanak-kanak itu dan menjaganya, dan beliau tidak berhenti membantu kanak-kanak sejak saat itu.

"Saya kini telah menjaga 39 kanak-kanak," tambahnya. "Kesemua mereka dianggap sebagai mempunyai masalah, sama ada dari segi fizikal atau mental. Tetapi yang sebenarnya, kebanyakan mereka di abaikan. Ianya memerlukan wang yang banyak untuk menjaga mereka, tetapi beliau berjaya membesarkan mereka. "

Dengan penjagaan dan perhatian Kong, beberapa orang kanak-kanak jagaan beliau berjaya belajar di universiti dan mendapat pekerjaan yang baik. "Yang tertua kini 27 dan hidup bebas," katanya. "Yang paling muda berumur satu bulan. Enam daripada mereka telah masuk ke universiti dan dua lain yang diterima masuk sekolah teknikal profesional. "

Kebaikkan Kong begitu membanggakan dan patut di beri penghargaan oleh pihak berkuasa tempatan atas jasa beliau. Tetapi sebaliknya, pihak berkuasa tempatan mengatakan bahawa beliau telah melanggar undang-undang yang diterima pakai di negara ini, yang membenarkan maksimum tiga anak angkat untuk satu keluarga. Jadi mereka telah menghukum beliau dengan merampas 8,000 meter persegi tanah yang dia dan suaminya miliki dan memotong semua bantuan kewangan.

Walaupun satu tamparan yang sangat hebat, Kong tidak tawar hati. "Walaupun susah, untuk saya naik keatas," katanya. "Saya melakukan pekerjaan dan apabila orang ramai dapat tahu tentang apa yang saya lakukan mereka juga turut membantu. Ramai orang panas hati dengan berita itu menderma wang, pakaian dan makanan. Dan anak-anak saya lebih tua juga membantu. Masih ada kebaikan di dunia tetapi saya bimbang apa yang akan berlaku kepada kanak-kanak jagaannya apabila saya telah pergi. "Mudah-mudahan, akan ada seseorang untuk mengisi tempatnya pada masa akan datang.

Dunia memerlukan lebih banyak orang-orang seperti Kong!






sumber


16 Gambar Percutian Di Thailand Adik Neelofa,Ameera Yang Pasti Mencarikan Hati Para Lelaki...

Ha..Buat mereka yang ketinggalan, Neelofa dan keluarga sebenarnya kini berada di Phuket, Thailand dan menginap di Iniala Beach House.

Tapi, nak dijadikan cerita, adik perempuan Neelofa, Ameera dikatakan sengaja mahu showing off kekayaan mereka sekeluarga yang mampu untuk berada di tempat penginapan semewah itu.

Nah. Ringkas tetapi padat jawapan yang diberikan oleh Ameera. Kami juga bersetuju dengan jawapan yang diberikanya. Yelah, rasanya share gambar percutian tu adalah satu perkara yang biasa kan?

Malah, menerusi ruangan komen, ramai juga yang backup Ameera dan sekaligus menyelar komen-komen negatif yang dilemparkan kepada gadis itu.

Yeah. Haters gonna hate. Daripada kita layankan komen-komen negatif tu, lebih baik kita enjoytengok gambar percutian mewah mereka sekeluarga - PORTAL OHBULAN. via plbagaimcm


















6 Gambar Terbaru Zamani Slam Selepas Dibebaskan Yang Pasti Mengejutkan Anda...


Zamani Slam mengakui yang tidak wujud unsur paksaan ketika anggota polis merakamkan beliau menyanyi lagu popularnya, Gerimis Mengundang ketika masih dalam tahanan.

Penyanyi berusia 44 tahun itu berkata beliau menyanyi dengan kerelaan hati selepas anggota polis terbabit memberitahu mereka adalah peminat Slam.

“Saya tidak dipaksa atau berlaku sebarang kekerasan, saya menyanyi selepas individu itu betul-betul menunjukkan dia peminat tegar Slam. Dia menyanyi beberapa lagu Slam dihadapan saya dan meminta saya turut nyanyi sekali, namun dia sudah berjanji bahawa rakaman itu hanya untuk simpanan personal sahaja,” ujarnya seperti dilaporkan mStar Online.

Zamani juga mengakui silap tidak periksa semula video yang dirakamkan dan berasa malu selepas mengetahui keadaan beliau dalam video ditonton oleh semua masyarakat.

“Perkara itu sudah berlaku dan dia tidak bermaksud memalukan saya. Kalau saya ambil tindakan mungkin dia akan kehilangan pekerjaannya sekarang. Saya tidak mahu menutup periuk nasi orang,” jelasnya apabila ditanya tentang tindakan undang undang.

Dalam perkembangan lain, dua anggota polis yang dikenalpasti terbabit merakam dan meyebarkan video penyanyi ini telah digantung tugas berkuatkuasa serta merta.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md Ismai bagaimanapun enggan mendedahkan pangkat kedua-dua anggota terbabit tapi memberi jaminan tindakan tegas akan dikenakan jika didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - Rotikaya








(4 GAMBAR) Mesej Yang Mengejutkan Anda Semua Dari Shila Amzah Kepada Sharnaaz Ahmad Selepas #AJL29


Kat mana nak mula.. Shila menang 2nd place ajl29, sharnaz tweet tahniah , pastu shila dah siap wat lagu masih aku cinta tukar lirik ke tidak ku cinta. Klakar gila. Korang tepekla ig dia cepattt sapa yg pandai tuu... Dlam plan duk nak wat lagu untuk alyah plak. Wah mesti lagu edisi keciwa...

Plus, si anis alidrus mami nanaz mcm dah delete semua post yg ada nanaz.
Korang rasa apakah semua ni? Ke meols salah siasat? Kalu salah siasat ampunkan meols. Kalu post dh ada silalah report mod.




sumber


Gambar Kekasih Hati Baru Erra Fazira Tersebar?


Selebriti serba boleh, Erra Fazira akhirnya telah membuat keputusan untuk mendedahkan siapakah gerangan yang berjaya mencuri hatinya sejak kebelakangan ini.

“Sejujurnya, jika ditanya tentang soal berkawan, ya, saya akui memang kini sedang berkawan rapat dengan seseorang. Namun, apabila ada cerita mengatakan lelaki tersebut adalah daripada golongan atasan, itu tidak benar sama sekali.

“Pada saya, jika berkawan, saya tidak menjalinkan sesuatu hubungan itu berdasarkan atas nama, pangkat atau harta. Saya lebih selesa memilih untuk berkawan dengan orang biasa.

“Umur saya sekarang sudah tidak sesuai untuk dijadikan bahan gosip atau publisiti kepada mana-mana pihak tertentu. Carilah pula artis-artis muda yang lain untuk dikorek cerita mereka. Apa yang penting saya sudah penat dan muak dengan semua gosip seperti itu,” katanya.


sumber


(8 Gambar) Makam Raja Abdullah Salah Seorang Insan Terkaya Dan Pemurah Yang Pasti Mengejutkan Ramai Pihak...


Inilah Makam / kubur Raja 'Abdullah.

Tak ada senjata tertembak ke langit, tak ada terompet dan nyanyian. Anda tak akan melihat ratapan dan suara gendang, tak pula rakyat yang ngalap berkah, tak pula seabrek bid'ah.

Tentu saja, dengan kekayaannya, sang raja sangat mampu membangun istana megah di kuburnya itu sebagai lambang keperkasaan, seperti kubur-kubur mewah di nusantara kita.








 Tetapi tidak, biarlah sang raja seperti rakyatnya di tempat dan tanah yang sama dan tak ada nama dan tulisan bahwa kuburnya adalah kuburan seorang raja.

Semua kuburan berbentuk dan berukuran sama. Tak ada pemakaman khusus. Semuanya sama disejajarkan dengan para rakyat jelatanya.


Sungguh, semuanya sunyi dari keharaman dan begitu sederhana untuk kuburan seorang pemimpin. Al-Fatihah Credit Photo AFP, Dailymail

sumber