\
http://khazanah-penawar.blogspot.com/p/penawar-resdung.html

Sunday, January 25, 2015

Filled Under:

(2 GAMBAR) Anzalna Nasir Dedah Kisah Hitam Nyaris 'Dijual' Oleh Mat Salleh Kacak!


Kes penipuan yang melibatkan Adam Davin bukan perkara baru dalam dunia hiburan, perkara tersebut sudah berlaku sejak beberapa tahun lalu

Menurut Anzalna, dia sebenarnya hampir berjaya ditipu oleh Adam Davin selepas lelaki itu beberapa berjumpa dengannya dan menawarkan banyak janji manis, namun sempat membuat carian di internet berkenaan Adam Davin.

“Mula-mula tak kenal tapi dia kata dia orang kaya yang nak menawarkan banyak peluang kepada saya. Nak bagi job di Singapura, Bangkok dan macam-macam tempat lagi.”

“Duit jangan ceritalah katanya nak melabur sampai RM1 juta. Bila banyak sangat temberang saya mula syak sesuatu sebab dia propaa sangat bila bercakap.”

“Mujur masa itu saya sempat Google nama dia. Baru saya nampak kes-kes penipuan dia sebelum ini. Kalau saya percaya cakap dia entah apa jadi gamaknya.” katanya.

Nasib baiklah Anzalna tidak mudah percaya dengan lelaki tersebut, kalau percaya pelakon seksi itu pastinya sudah rugi ribuan ringgit serta dijual di Thailand dan Singapore. Tak gitu???





Pesanan admin, hati-hatilah wahai wanita diluar sana apabila berjumpa dengan lelaki yang baru dikenali, jangan mudah tergadai maruah dalam diri.


sumber




0 comments:

Post a Comment