\
http://khazanah-penawar.blogspot.com/p/penawar-resdung.html

Monday, January 26, 2015

Filled Under:

Luahan Hati Nabil Ahmad Kepada Juri Maharaja Lawak Mega 2014 Yang Mesti Anda Baca...


Maharaja Lawak Mega sudah menghampiri episod akhir. Pelbagai persembahan peserta dapat disaksikan dan saingan semestinya semakin sengit apabila masing-masing semakin menunjukkan peningkatan.

Dalam pada itu, banyak pihak pula memberikan respon kepada komen-komen juri Maharaja Lawak Mega 2014 kali ini. Sebelum ini. Afdlin Shauki telah memberikan pendapatnya yang menyatakan komen daripada juri sangat menakutkan.

Baru-baru ini, salah seorang peserta Maharaja Lawak Mega 2014 sendiri telah menyatakan luahan rasa dan memberikan pendapatnya berkaitan juri pertandingan tersebut. Peserta tersebut adalah Nabil Ahmad, satu-satunya peserta solo dalam pertandingan kali ini. Nabil telah meluahkan rasa hatinya terhadap juri di dalam program Meletop di Astro pada siaran 13 Januari yang lalu.

Berikut adalah petikan kata-kata Nabil:

"Sepatutnya salah seorang daripada juri yang ada di depan kita itu adalah seorang yang berpengalaman, yang pernah buat lawak depan 9 ribu orang, 10 ribu orang, buat lawak tau, bukan nyanyi. So, dia tahu apa itu stage present. Dia tahu apa feeling dia bila duduk atas stage itu.

Kita bukan nak cakap kita nak sentiasa bagus di atas stage. at least dia judge, boleh bagi kita pointers apa yang kita nak buat, apa kita punya next step, bukan untuk kita sahaja, penonton yang dengar di rumah pun, mana tahu budak-budak yang berminat mahu jadi pelawak, dia boleh dapat ilmu di situ."


Begitulah luahan rasa Nabil. Mungkin ada benarnya sebab membuat persembahan jenaka di atas pentas bukanlah satu perkara yang senang. Berbeza dengan persembahan nyanyian yang tidak memerlukan kerahan idea dan risiko yang besar. Persembahan jenaka memerlukan idea dan kreativiti yang tinggi untuk memikat hati para penonton dan juri. Membuat persembahan untuk membuatkan orang ketawa bukanlah satu perkara yang senang. Adalah satu perkara yang menakutkan apabila seluruh persembahan itu tidak ada lansung penonton yang ketawa.

Juri Maharaja Lawak Mega sejak diperkenalkan sememangnya sering menampilkan juri yang bukan dari kalangan pelawak. Musim-musim sebelum ini, juri yang terlibat adalah seperti Siti Nurhaliza, Chef Wan, Zainal Abidin Hassan, Yusuf Haslam, Nora Danish, Awie dan ramai lagi.

Juri Maharaja Lawak Mega 2014 terdiri daripada Datuk Jalaluddin Hassan, Farah Queen, Taufik Batisah dan Fazura.


sumber




6 comments:

  1. Dh mmg kdg2 x kelakar, btul la ape yg juri ckp tu...

    ReplyDelete
  2. dia lawak atau tak tu tak kisah laa...
    tapi apa yang dia caakap mmg betul pun

    ReplyDelete
  3. Juri x perlu seorang pelawak..sedangkan pelawak itu sendiri pasti tahu kualiti lawak masing2 dengan respon audience..jadi terima jerlah komen2 juri..kalau x lawak ..xkan nak suruh orang gelak..tingkatkanlah kualiti lawak masing2 kalau nak rasa diri tu terbaik..

    ReplyDelete
  4. nabil...ko anggap je juri tu adalah penonton...senang citer.

    ReplyDelete
  5. Semua org yg menonton adalah juri..mereka tau mana yg lawak dan x lawak.. sy tengok apa yg juri komen tahun ni semuanya mmg btol pun... engko yg perasan yg engko lawak...huhuhuhu.takan nak paksa org gelakkk hahaha

    ReplyDelete