\
http://khazanah-penawar.blogspot.com/p/penawar-resdung.html

Tuesday, February 24, 2015

MH 370...Vladimir Putin Yang Arahkan Pasukan Khas Russia Merampas Pesawat MH370 - PAKAR !!!


KUALA LUMPUR: Kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 orang termasuk 12 kru dipercayai dirampas atas arahan Presiden Russia, Vladimir Putin dan mendarat secara rahsia di Kazakhstan, kata seorang pakar.

Selepas memalsukan data sistem pandu arah MH370 supaya ia dilihat seakan-akan menuju ke selatan Lautan Hindi, kumpulan perampas akhirnya mendaratkan pesawat jenis Boeing 777-200ER itu di Kazakhstan.

Penulis sains rakyat Amerika Syarikat (AS), Jeff Wise, yang juga terbabit dalam liputan siaran televisyen CNN mengenai MH370 sebelum ini berkata, data 'ping' atau isyarat berbalas antara pesawat dan satelit Inmarsat itu selama ini 'dipalsukan'....

Beliau berkata, data dirakam satelit telekomunikasi milik syarikat British itu hanya untuk mengalih tumpuan orang ramai dan misi pencarian, bagi memberi laluan plot rampasan yang diarahkan Putin berjalan lancar.

Menilai keseluruhan 'drama' di sebalik misteri kehilangan MH370, Wise menyuarakan keyakinan bahawa pesawat itu sebaliknya berada di Baikonur Cosmodrome, iaitu tapak pelancaran roket terbesar di dunia yang terletak kira-kira 200 kilometer di timur Laut Aral, Kazakhstan.

"Tujuh jam sudah memadai untuk kumpulan perampas melaksanakan rancangannya kerana tumpuan pasukan pencarian ketika itu berada di Laut China Selatan, sebelum akhirnya beralih ke Lautan Hindi.

"Perkara pelik di sebalik rampasan ini ialah apa motif sebenar Putin untuk 'mencuri' sebuah pesawat sarat dengan penumpang....

"Meskipun boleh dikatakan tidak masuk akal, Russia cukup terkenal dengan pelbagai operasi khas yang akhirnya mempunyai tujuan tertentu," katanya seperti dilaporkan portal berita Daily Mail, semalam....

Mengulas lanjut, Wise menjangkakan tindakan Putin adalah semata-mata untuk menunjukkan 'taring' Russia, khususnya merancang serangan balas terhadap negara Barat pada bila-bila masa.

Rampasan yang didakwa didalangi Russia itu, katanya, antara lain reaksi balas Putin terhadap sekatan pertama yang dikenakan terhadap negara Soviet pada 7 Mac tahun lalu iaitu sehari sebelum MH370 dilaporkan hilang....

"Ada pelbagai kemungkinan termasuk pesawat ini akan dipenuhi dengan muatan bahan letupan satu hari nanti untuk dilancarkan terhadap musuh Russia sebagai serangan balas....

"Mungkin juga ada individu di dalam pesawat itu yang mempunyai kepentingan kepada Russia," katanya.....


SUMBER : http://www.bharian.com.my


Monday, February 23, 2015

KANTOiii...Identiti Datin Yang Ditangkap Khalwat Di Dalam Kereta Bersama Lelaki 'WARAK' Akhirnya Terbongkar !!!


KUALA LUMPUR: Akibat taksub dengan fahaman songsang dipelajarinya sehingga sanggup melabelkan suami sebagai najis, seorang wanita bergelar Datin sanggup menjalinkan hubungan dengan lelaki lain yang dianggap lebih 'warak' sebelum ditangkap berkhalwat...

Dalam serbuan jam 11.50 pagi semalam, wanita terbabit bersama pasangannya ditahan ketika sedang 'berasmara' di dalam sebuah kereta di tepi jalan di Bandar Sri Damansara oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas mendapat aduan orang ramai....
Hasil siasatan mendapati wanita terbabit sudah menjalinkan cinta terlarang dengan pasangannya hampir dua tahun kerana mendakwa suaminya bukan tidak mengikuti syariat Islam sebenarnya kerana sering melakukan perbuatan bidaah....

Difahamkan wanita sering mengikuti pengajian agama di sekitar Kayu Ara, Petaling Jaya dan di kawasan Bukit Kiara sebelum menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelaki yang dianggap sealiran dengannya....

Menurut sumber, wanita berusia 40-an itu sudah mempunyai tiga anak berusia 10 hingga 15 tahun, selalu bersikap dingin bersama suaminya dan sanggup menyewa rumah semata-mata untuk melempiaskan nafsu bersama pasangannya yang juga suami orang....

"Beliau anggap suaminya najis kerana mendakwa banyak melakukan perbuatan bidaah seperti tahlil, zikir, solat tidak menepati sunnah Rasulullah SAW, doa Qunut dan sebagainya....



"Wanita berkenaan sanggup menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelaki kononnya sealiran fikrah dengannya kerana dilihat berperwatakan warak dan alim, akhirnya dicekup berkhalwat dan cubaan melakukan persetubuhan luar nikah dengan lelaki itu di dalam sebuah kereta tengah hari semalam," katanya....

Bukan itu saja, wanita terbabit yang terpengaruh dengan fahaman songsang itu turut mempengaruhi anaknya supaya membenci ayahnya dengan pelbagai tuduhan seperti tidak mengamalkan sunnah dan mempunyai perempuan simpanan....

Katanya, akibat cinta sudah menguasai mereka di samping ajaran yang diamalkan, wanita terbabit sengaja mencari alasan untuk memburukkan suaminya dengan menuduh lelaki itu terkeluar daripada Islam selain mengamalkan ajaran bercanggah serta sesat....

"Hampir dua tahun wanita tersebut tidak bersekedudukan dengan suaminya, beliau juga turut memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam, namun kerana sayangkan perkahwinan dan anak-anak, si suami tetap mempertahankan rumah tangganya.
"Ketika pasangan itu ditahan di dalam sebuah kereta bercermin gelap mereka sedang berpelukan dengan zip seluar lelaki terbuka sehingga menampakkan kemaluannya, manakala wanita itu dalam keadaan berseluar dalam dengan singlet....

Sementara itu Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim mengesahkan penahanan pasangan itu dan disiasat mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor....  BHARIAN